Sunday 21 August 2011

penggilan terakhir darinya.." dania mana?"...

baru semalam aku bergurau senda dengannya..baru kemarin aku menatap wajahnya..baru hari ini, aku berada
disisinya..& baru kini aku telah kehilangannya.....mungkin aku terlalu sayangkannya & terlalu merinduinya sehingga terbuai dalam mimpi lena aku pada hari jumaat yang lepas dalam bulan ramadhan ini...ya..dia datang singgah didalam mimpi aku..menyatakan rindunya terhadap aku...

13Januari 2011 : baru sahaja aku selesai menduduki kertas peperiksaan aku yang terakhir..untuk ujian pertengahan semester ( ups )..saat aku di matriks..sedang aku & roomate2 bersedia menyiapkan kelengkapan untuk bercuti selama 3 hari 2 malam di Langkawi, aku duduk sebentar menghembuskan nafas di meja study aku..penat aku tak hilang lagi...seperti biasa telefon aku berbunyi ,panggilan dari papa tersayang...

" adik dh abis exam? mcm mane tadi ok??" kata papa...aku dengan nada yg gembira & nafas lega menjawab " iye..alhamdulillah bleh jawab..abis dh..tgah packing2 nk g langkawi..papa buat ape?"..kata aku pula...

"adik..tarik nafas ..istighfar banyak2..selawat banyak2..apa papa cakap ni adik terima dengan sabar & redha...atuk..atuk zainal dah meninggal pagi tadi..pukul 10 tadi....di..."....terus nset aku terjatuh ke atas meja study...air mata mengalir dengan serentaknya...sehinggakan roomate aku terkedu lalu berlari mendapatkan aku yang lemah longlai menerima berita sebegitu...

tanpa berfikir panjang..percutian yang sepatutnya aku lengkapi berakhir dengan tragedi...aku membatalkan segala tiket ke langkawi & bergegas menempah tiket untuk pulang ke  melaka...tiket bus, tiket flight sumenya lambat...akhirnya aku akur..aku terpaksa pulang dengan bus..dek kerana penerbangan yang lambat pada keesokan harinya..

dari stesen bus kangar aku ke Melaka Sentral..hanya kalimah2 yassin yang menemani aku disepanjang perjalanan pulang ke melaka...aku sebak..seperti ibu kehilangan anak...seperti isteri kematian suami..sampai sahaja aku di Melaka Sentral...& sampai sahaja aku di kampung Lubok China, melaka...semua emak2 saudara aku menangis mendapatkan aku..begitu juga dengan nenek aku...

kata nenek .." atuk kau dh takde"..dengan nada sebak..dye meneruskan lagi sambil memelukku erat.." atuk asik tanya dania mana sebelum dia meninggal..dia panggil nama kau brape kali.."...aku tak dapat menahan sebak....sehinggalah aku menziarahi atuk di pusaranya.....hanya pada mu ya ALLAH aku berdoa agar kau cucuri lah rahmat keatas arwah..tempat kan lah dia dalam kalangan org2 yg beriman...

dan raya aku pada tahun ini tiada makna tanpanya disisi.....ingin aku suarakan aku rindu gelak tawanya..aku rindu dakapannya..aku rindu bersamanya....sesungguhnya dia hanya lah pinjaman sementara buat aku...kini sudah tiada...AL FATIHAH...


panggilan terakhir atuk kepada ayah aku

"kamal, dania mane? dia tak balik?"....

aku disaat itu di bumi perlis terkilan kerana tidak sempat menatap wajahnya ,
tidak sempat mengucupnya sebelum dikebumikan....

atuk..dania rindu atuk sangat...



6 comments: